Cokek Tok Ku..

“Cokek Cik Ali,kerba belago,

Terkejut babi jatuh telago”

Ini adalah pantun Tok Ku(datuk aku) apabila dia menggeletek cucu-cucunya..rasanya ciptaan dia sendiri untuk mengusik kanak-kanak..pasti seronok menjadi anak murid mengaji Al-Quran Tok Ku..

Tiba-tiba teringat kenangan kecil-kecil dahulu..mungkin kerana stress..aku sudah regress kepada kanak-kanak..hehe…

Gambar bersama kedua-dua Tok Ku(nenek aku juga dipanggil Tok Ku),Tok Ku(datuk) baru saja pulih selepas diserang stroke..

Untuk membezakan kedua-dua Tok Ku..seorang kami panggil Tok Ku Jate..dan seorang lagi Tok Ku Tino..nampak kasar?tapi inilah bahasa Kelate..JAte,Tino itu adalah untuk manusia e.g Makhad Jate(Maaahad Lelaki) dan Laki,Pue adalah untuk binatang e.g Aye Pue(Ayam Betina).Semakin kurang digunakan generasi muda mungkin kerana asimilasi dengan bahasa melayu akademik..akan tetapi untuk bercakap dengan mereka kenalah belajar adabnya…

antara istilah bahasa Kelantan yang Tok Ku berdua guna yang sempat aku kutip:

Woh Topoh: Epal dari bahasa arab Tuffah

Sakar: Gula juga dari bahasa Arab

Bocong: botol leher pendek

Jebur:  botol leher panjang

Tembok: Jalan raya

Alik Jatuh: Barat

Alik Naik :Timur

Alik Ulu : Utara

Alik Ilir : Selatan

Rindu pula kat Tok Ku berdua..Semoga Allah memberkati umur mereka yang panjang(masing-masing sudah hampir 100 tahun)…

Wallahualam..